Berikut adalah merupakan keperluan yang perlu disediakan dalam penternakan ayam kampung.

Keperluan ini sangat penting bagi melancarkan kerja2 penternakan dan pengurusan. Antara keperluan yang perlu disediakan dan diberi keutamaan ialah:


1. Reban induk - terdapat 2 pilihan reban induk iaitu secara lepas atau separa terbuka. Reban ini akan berfungsi sebagai tempat tidur dan rehat ayam induk. Kebersihan reban induk ini perlu dititik beratkan agar penyakit dapat dihindari.


2. Tempat untuk ibu ayam bertelur - tempat bertelur perlula strategik dan terlindung dari binatang buas. Tahap keselamatan yang baik akan meyakinkan induk ayam untuk bertelur.


3. Reban kecil - sebagai tempat asuhan ayam kecil dan ayam remaja. Saiz tidak perlu terlalu besar kerana saiz yang besar akan merencatkan tumbesaran ayam kampung kerana terlalu aktif bergerak.


4. Reban rawatan- reban ini sangat penting kerana dapat mengelakkan dan mengurangkan risiko penyebaran penyakit kepada ayam lain.


5. Bekas tadahan air untuk kegunaan ayam - Air merupakan entiti penting bagi semua jenis penternakan termasuklah penternakan ayam kampung. Jika bekalan air terputus, maka bekas tadahan air inilah yang akan menampung bekalan air.


6. Satu setor kecil untuk menyimpan stok makanan, ubatan dan lain2 peralatan.


7. Lampu untuk menerangi pada waktu malam - cahaya lampu ini dapat mengelakkan dari gangguan binatang buas dan juga kecurian serta memudahkan pengawasan.


8. Incubator untuk bantuan penetasan telur ayam.
Incubator amat diperlukan ketika musim tengkujuh kerana peratus penetasan melalui pengeraman akan turun mendadak ketika musim tengkujuh.


Semua aspek diatas perlu ada walaupun penternakan ayam kampung ini dijalankan secara lepas atau separa lepas. Setiap keperluaan di atas pasti akan memudahkan pengurusan ladang dan projek penternakan anda.

Older Posts

Blogger Template by Blogcrowds.